
PROGRAM
GEOPARK UNESCO
Diperkenalkan pada tahun 1997 oleh Bahagian Earth Sciences of UNESCO.
Program yang menggunakan warisan geologi dan semua aspek dari warisan
semulajadi dan budaya di sesebuah kawasan untuk meningkatkan kesedaran
dan pemahaman masyarakat bagaimana menggunakan sumber bumi secara
mampan bagi mengurangkan Kesan perubahan iklim dan bencana alam
Status semasa
Geopark Global
UNESCO
- Global Geoparks Network (GGN) UNESCO sehingga kini mempunyai 127 ahli diseluruh dunia.
- lanya datang dari bahagian-bahagian dunia yang berbeza merangkumi 35 buah negara melibatkan rantau Amerika, Eropah dan Asia.
- China adalah penyumbang keahlian terbanyak dengan 41 buah Global Geopark dan antara yang popular adalah seperti Shilin Stone Forest Kunming,Cheongsan Mount Dali, Shennongjia, Longhushan dan lain-lain.
PENTAKRIFAN DAN STRATEGI
MELALUI KAEDAH GEOPARK
Geo-Pelancongan sebagai pelancongan yang berasaskan pengetahuan. Inovasi kepada produk pelancongan.
Komuniti sebagai peneraju. Keupayaan Pembangunan komuniti setempat. Pendidikan berasaskan warisan. Pengukuhan nilai perkongsian.
GEOPARK DI MALAYSIA

Konsep geopark dimulakan pada 2006
Langkawi telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan Pertama

Geopark Dunia (Global Geopark)
Langkawi,Malaysia telah diistiharkan sebagai Geopark Dunia (Global Geopark) pada 2007.

Geopark Kebangsaan
Dua lagi geopark di Malaysia menyusul dikenali sebagai Jerai Geopark dan Lembah Kinta Geopark yang telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada2017.

Jerai Geopark
Jerai Geopark akan menjadi inisiatif sebagai ikon negeri Kedah 2016-2025 dalam program pembangunan berimpak tinggi. Jerai Geopark - Evolusi Geologi (Bumi) sejak 550 juta tahun yang lalu.
KRONOLOGI DAN LOGO
JERAI GEOPARK
Pada akhir 2014, Exco Pelancongan Kedah menyatakan
hasrat menjadikan kawasan sekitar Gunung Jerai sebagai Geopark kedua negeri itu. BPEN Kedah memperuntukkan dana kepada JMG bagi memulakan pembangunan geotapak pada 2015. Geopark Jerai diluluskan oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan pada Januari 2016, dengan pengumuman rasmi oleh Menteri NRE pada Jun 2016. Jawatankuasa Promosi dan Pembangunan Geopark Jerai ditubuhkan pada Februari 2016, dan pada 18 Julai 2017, ia diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan Malaysia.

18 JULAI 2017
Diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan Malaysia

Kawasan Jerai dicalonkan sebagai Geopark Kebangsaan dan Global Geopark kerana keunikan warisan geologi, biodiversiti, arkeologi, sejarah, dan budaya. Sumber warisan tabii dan budaya dimartabatkan melalui pembangunan bersepadu, termasuk geo-pelancongan, pemeliharaan tapak warisan, dan pemerkasaan budaya, bagi kesejahteraan sejagat serta mengharmonikan pelancongan di kawasan ini.
Hijau Kuning melambangkan bendera Kedah, sementara gunung mewakili Gunung Jerai dan hutannya.
Warna gunung melambangkan batu granit mengikut piawai geologi. Hijau muda melambangkan jelapang padi Kedah,
biru muda mewakili estuari Merbok, manakala lorekan putih bulat dan segi empat melambangkan tamadun
Kedah Tua di Jerai Geopark.
Aktiviti Pasukan JeraiGeopark



LOKASI
JERAI GEOPARK
Meliputi kawasan : 816 km persegi (darat 501 dan laut 315 km persegi). Merangkumi sebahagian daerah Kuala Muda & Yan.
SEMPADAN
Sungai Limau (Utara)·
Jalan Persekutuan (F1) & F257 (Timur)
Sungai Muda (Selatan).
1 km dari Pulau Bidan (Barat).
PRODUK IKONIK GEOLOGI DAERAH KUALA MUDA (GUNUNG JERAI)
Sejak tahun 1840-an, terdapat bukti evolusi bumi yang lebih daripada 500 juta tahun lalu. Geopark Nasional Kedah diiktiraf pada tahun 2017 dan sedang menuju status Geopark Global pada 2022. Bidang biologi di sekitar Sungai Merbok dan Gunung Jerai telah dikaji sejak tahun 1880-an, manakala arkeologi di Kuala Muda (Lembah Tunggal) juga mempunyai sejarah yang panjang sejak tahun 1840-an. Terdapat lebih daripada 42 hingga 60 spesies bakau di kawasan UNESCO Biosfera ini. Selain itu, Kedah juga merupakan bukti tamadun tertua di Asia Tenggara dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
WARISAN ARKEOLOGI DALAM KAWASAN JERAI GEOPARK



0








GARIS MASA TAMADUN SUNGAI BATU
Gambar ini menunjukkan garis masa tamadun dunia dan kedudukan Tamadun Kedah Tua yang wujud seawal 487 Sebelum Masihi. Tamadun ini meliputi kawasan seluas 4km persegi dengan 97 tapak telah dipetakan dan 46 daripadanya mendedahkan empat fungsi utama iaitu ritual keagamaan, pusat peleburan besi, pelabuhan atau jeti, dan pusat pentadbiran. Ini membuktikan Tamadun Kedah Tua setanding dengan tamadun besar lain seperti Mesir, Indus, Greek, Rom, dan Srivijaya.
Kawasan ini meliputi keluasan 4 kilometer persegi dengan 97 tapak arkeologi yang telah dipetakan. Ia merupakan penempatan yang wujud seawal 535 SM dan mencatatkan rekod aktiviti ekonomi peleburan besi. Penemuan lain di kawasan ini termasuk monumen ritual, pentadbiran pelabuhan, jeti, serta kilang besi. Kemunculan tapak tamadun ini berkait rapat dengan faktor geologi, khususnya Estuari Merbok, yang berfungsi sebagai laluan kapal dagang dan dikenali sebagai Telok Merbok sejak 2,000 tahun yang lalu.





Kawasan Muzium Arkeologi hari ini terdiri daripada monumen yang didirikan semula serta monumen kekal, merangkumi tapak 8, 16, 21, dan 50. Tapak 8, dikenali sebagai Monumen Batu Pahat, dibina sekitar abad ke-12 hingga ke-13 dengan pengaruh Hindu-Siva menggunakan batu granit. Tapak 16 atau Candi Pendiat, dibina pada abad ke-11 Masihi dengan pengaruh Hindu menggunakan batu laterit. Tapak 21, Candi Pengkalan Bujang, serta Tapak 50, Candi Bendang Dalam, masing-masing dibina sekitar abad ke-12 hingga ke-13 dengan pengaruh Hindu dan menggunakan batu laterit.




Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia, kaya dengan pelbagai khazanah tinggalan zaman. Ia meliputi kawasan seluas 144 batu persegi, dengan pembatasan Bukit Choras di utara, Sungai Muda di selatan, Selat Melaka di barat, dan Lebuhraya Utara-Selatan di timur. Kedudukan strategik ini menjadikannya sangat sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan sejarah bagi daerah ini.



SEJARAH
LEMBAH BUJANG
Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia, kaya dengan pelbagai khazanah tinggalan zaman. Ia meliputi kawasan seluas 144 batu persegi, dengan pembatasan Bukit Choras di utara, Sungai Muda di selatan, Selat Melaka di barat, dan Lebuhraya Utara-Selatan di timur. Kedudukan strategik ini menjadikannya sangat sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan sejarah bagi daerah ini.
Gunung Jerai terkenal di peringkat antarabangsa dari perspektif geo-arkeologi, yang menghubungkan Lanskap Geologi dengan Pembangunan Tamadun Lama seperti Kedah Tua Sungai Batu dan Lembah Bujang. Banyak penemuan penting, termasuk tinggalan monumen dan artifak, telah mendedahkan warisan geo-arkeologi yang membuktikan kewujudan sebuah tamadun di kawasan Jerai Geopark pada suatu masa dahulu.
WARISAN
BIOLOGI
Jerai Geopark mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi nilainya iaitu Ekosistem Paya Bakau Sungai Merbok dan Ekosistem Pergunungan Jerai.

EKOSISTEM PAYA BAKAU SUNGAI MERBOK
Hutan Paya Bakau Sungai Merbok unik kerana memiliki 41 spesies bakau, mewakili lebih dari separuh spesies bakau dunia (60 spesies), menjadikannya yang tertinggi di dunia dalam kawasan kecil seluas 4,037 hektar. USM sedang giat menyiapkan dosir untuk membolehkan Hutan Paya Bakau Merbok diiktiraf sebagai Rizab Biosfera UNESCO. Hutan ini adalah ekosistem yang amat baik, menyediakan sumber makanan kepada fauna, menjadi zon penampan terhadap tsunami dan hakisan, serta berperanan dalam mengawal suhu (pemanasan global), selain menjadi nurseri untuk udang dan ketam.
HUTAN PERGUNUNGAN JERAI
Hutan Gunung Jerai meliputi daerah Kuala Muda dan Yan, dengan keluasan 8,676.36 hektar yang terdiri daripada 26 kompartmen. Hutan ini merupakan khazanah bernilai kerana memiliki pelbagai jenis tumbuhan, termasuk kesemua jenis hutan utama negara dalam satu hutan simpan, serta menawarkan pemandangan panorama menarik Lembah Yan dan Merbok di Kedah. Terdapat empat jenis hutan utama di sini: Hutan Dipterokarp Tanah Rendah (ketinggian < 305 m), Hutan Dipterokarp Bukit (ketinggian 305-672 m), Hutan Dipterokarp Pergunungan (ketinggian 672-1,067 m), dan Hutan Gunung Ericaceous (ketinggian 1,067-1,217 m).

WARISAN BUDAYA DIKAWASAN GEOPARK
GEOGRAFI KAWASAN JERAI GEOPARK
Gunung Jerai adalah sebuah tanah tinggi terasing yang dikelilingi dengan pelbagai sumber geologi (era Kambria), biologi, arkeologi, serta budaya masyarakat setempat. Sumber tabii Gunung Jerai yang terpelihara seperti ‘makmal hidup’ telah menarik perhatian penyelidik dari pelbagai bidang sejak tahun 1840-an. Aspek geologi, biologi daratan dan akuatik, serta sosio-budaya yang merangkumi sejarah dan arkeologi telah menjadi tumpuan kajian sepanjang masa. Berdasarkan fakta ini, kawasan sekitar pergunungan, dataran aluvium, dan estuari berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan pada tahun 2017.



TAMAN
GEOFOREST KAMBRIA GUNUNG JERAI
Gunung Jerai adalah sebuah gunung yang terbentuk melalui 'Terobosan Granit' (granite push-up) dari bawah kerak bumi sejak 220 juta tahun yang lalu. Dengan ketinggian puncaknya 1,217 meter dan suhu antara 15°-17°C, ia menawarkan pemandangan indah panorama sawah padi, sungai, laut, pulau-pulau, dan pantai. Gunung ini terbentuk daripada formasi batuan tertua di Asia Tenggara, dikenali sebagai Formasi Jerai, yang berasal dari Era Kambria berusia 550 juta tahun, terdiri daripada syist, sullage, granit, kuazit, dan lain-lain.
SENARAI GEOTAPAK
- Geo-Tapak (Geo-Site) adalah kawasan yang bernilai tinggi yang dikenalpasti mempunyai kepentingan geologi iaitu evolusi geologi, evolusi lanskap geologi dan geologi kuartener.
GEO-PELANCONGAN JERAI
GEOPARK
- Geopelancongan adalah produk baru yang inovatif, yang memperkenalkan landskap geologi (sumber bukan hidup) kepada masyarakat melalui pelancongan ilmu dan rekreasi. Berbanding dengan ekopelancongan, geopelancongan masih belum diperkenalkan secara meluas di seluruh negara.
ONE STOP CENTRE JERAI
GEOPARK
- Sebagai hub kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara, Kuala Muda (Jeti Semeling) dan Yan (Kaki Gunung Jerai) menawarkan pakej pelancongan berpatutan yang berkonsepkan geopark. Galeri informasi Geo-Arkeo-Bio memperkenalkan gaya pelancongan berilmiah untuk memupuk pengetahuan dan kesedaran tentang warisan geologi, arkeologi, dan biodiversiti.






WARISAN GEOLOGI
LAGENDA
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Hikayat ini menyatakan bahawa nenek moyang raja-raja Kedah berasal dari keturunan Raja Merong Mahawangsa yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang belayar dari Rom ke China telah diserang oleh Garuda dan terdampar di pantai dekat Lembah Bujang. Baginda kemudian membuka negeri Langkasuka dan pulang ke Rom selepas menabalkan puteranya, Raja Merong Mahapudisat, menjadi raja. Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya sebagai Raja Siam, Raja Ganjil Sarjuna sebagai Raja Perak, dan puterinya sebagai Raja Patani. Putera bongsu mereka menggantikan ayahanda sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa, memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas kepada Raja Siam setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa digantikan oleh puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa (lebih dikenali sebagai Raja Bersiong). Raja Bersiong digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahapudisat, yang kemudian digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa, raja Kedah pertama yang memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah I.
MAKANAN TRADISI

PASAR BISIK
KUALA MUDA
- Sejarah pasar berbisik telah bermula sekitar tahun1946 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada nelayan kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk menjual hasil tangkapan masing-masing.
- Kaedah berbisik terhenti selama 18 tahun beikutan tindakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperkenalkan sistem baru iaitu melalui lelongan terbuka.
- Sistem baru tersebut gagal menambat hati nelayan kerana wang hasil jualan lambat diterima.
- Selepas tsunami 2004, kaedah berbisik Kembali dihidupkan dan mendapat sambutan sehingga hariini.
ALAT MUZIK TRADISIONAL
WARISAN SEJARAH

PADANG TOK SHEIKH
Padang Tok Sheikh dinamakan sempena Sheikh Abdullah b. Sheikh Ahmad b. Sheikh Jaafar Al Qhumairi, seorang pendakwah dari Yaman yang tiba di Kuala Sungai Baboor (Sungai Merbok) dan mengislamkan Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1136 M. Sheikh Abdullah mencadangkan pembinaan Menara Azan di Puncak Gunung Jerai untuk memperingati pertukaran nama raja dan negeri daripada ‘Kataha’ kepada Kedah. Beliau meninggal dan dimakamkan bersebelahan menara tersebut, dan kawasan itu dikenali sebagai Padang Tok Sheikh hingga kini.
MAKAM SULTAN MUZAFFAR
SHAH
Sultan Muzaffar Shah I, yang dikenali sebagai Maharaja Durbar atau Pra Ong Maha Wangsa, bersemayam di Kota Bukit Meriam dan memerintah Kedah hingga 1179 M. Baginda mangkat pada 27 Julai 1179 M dan dimakamkan di Kampung Langgar, Mukim Bujang, Merbok. Makam baginda unik secara geologi kerana batu nisan yang dikenali sebagai batu nisan Acheh, yang diukir dengan kalimah suci dan motif flora, serta berbentuk silinder dan petak.


KOTA KUALA MUDA
Terletak di muara Sungai Muda, Selatan Kedah, kota ini dibina sebelum kurun ke-18 Masihi dan menjadi pusat perdagangan penting di Asia, terutamanya untuk bijih timah dan rempah ratus. Kota ini menarik pedagang dari China, India, Portugal, Belanda, dan England. Pada tahun 1786, pusat dagangan dibuka di Pulau Pinang, dan barang dagangan seperti bijih timah perlu melalui Kuala Muda untuk urusan percukaian, menjadikan kota ini sibuk. Struktur bangunan dipercayai menggunakan bahan tempatan seperti batu dan tanah liat.
MASJID PENGKALAN KAKAP
Masjid ini dibina sekitar tahun 1880-an dan merupakan masjid tertua di kawasan Merbok dan utara Sungai Merbok. Dibina oleh tukang Tok Man di bawah kelolaan Penghulu Haji Mat Salleh, masjid ini menjadi lokasi persinggahan YTM Sultan Abdul Hamid (Sultan Kedah Ke-25) semasa lawatan ke daerah Kuala Muda. Bangunannya mempunyai 4 tiang seri, 3 pintu utama, lengkungan mihrab, dan koridor di bahagian tepi. Struktur masjid berbentuk segi empat dengan beranda dan disokong oleh tiang-tiang bulat.


BUKIT PENJARA
Bukit ini terletak di muara Sungai Merbok dengan ketinggian 98 meter dari aras laut, terbentuk daripada Batu Lumpur Merah (Formasi Mahang). Bukit ini memiliki bentuk muka bumi yang strategik, menjadikannya lokasi pertahanan yang sesuai, seperti yang digunakan oleh British semasa Perang Dunia Ke-2 (WWII). Terdapat kubu konkrit berbentuk segi empat dengan ketebalan 1 meter yang masih utuh, serta tapak arkeologi di puncak bukit yang dikenali sebagai tapak candi 25.
JAMBATAN MERDEKA
Jambatan ini dibina sekitar tahun 1940 oleh pihak British untuk menghubungkan Pulau Pinang dan selatan Kedah, namun terpaksa dirobohkan untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Selepas itu, pihak Jepun membina semula jambatan menggunakan kayu. Jambatan ini dibina semula pada tahun 1957 dengan mengekalkan senibina asal 3 lengkung dan dinamakan Jambatan Merdeka untuk memperingati tahun kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

PETA LOKASI
- All
- Aktiviti

BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENGUKUHAN PENSTRUKTURAN JERAI GEOPARK SIRI 2 TAHUN 2025 RAKAN KONGSI JERAI GEOPARK Tarikh: 3 Julai 2025 Masa: 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari Tempat: Bilik Enggang 1, Merdeka Beach...

KUNJUNG HORMAT DELEGASI AHLI JAWATANKUASA KERJA UNIT JERAI GEOPARK KE LENGGONG GEOPARK, PERAK Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis) Masa: 11 pagi sehingga 4.00 petang Lokasi: Bilik Gerakan, Majlis Daerah Lenggong Objektif: Menjalin kerjasama strategik antara Jerai Geopark dan...

PERSIDANGAN JARINGAN GEOPARK MALAYSIA KOTA KINABALU DAN PENYERTAAN UNIT JERAI GEOPARK NEGERI KEDAH SEBAGAI PEMPAMER (RERUAI JERAI GEOPARK) Tarikh: 22 Mei...